LUAR NEGARA

IRGC dakwa guna peluru berpandu Khorramshahr-4 buat kali pertama

DUBAI – Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) mendakwa serangan peluru berpandu ke atas Israel hari ini turut menyaksikan penggunaan buat pertama kalinya, peluru berpandu Khorramshahr-4.

Menurut IRGC, serangan hari ini menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion dan Pusat Kajian Biologi Israel di Tel Aviv, dan beberapa pusat bekalan dan kawalan ketenteraan di Tel Aviv dan Haifa.

tel aviv
BUKAN GAZA, TETAPI TEL AVIV: Keadaan salah sebuah bangunan di Tel Aviv yang musnah terkena serangan peluru berpandu Iran, pagi tadi

Khorramshahr-4 yang dikenali sebagai Kheybr, merupakan peluru berpandu jarak sederhana yang mempunyai jangkauan sehingga 1,450 kilometer (km) dan mampu membawa peledak seberat hingga 1,800 kilogram (kg).

Sementara itu, sekurang-kurangnya 27 pendatang dilaporkan cedera dalam serangan itu. hari ini.

Laporan al-Jazeera yang memetik sumber berita tempatan berkata, salah satu kawasan yang terjejas adalah kejiranan Ramat Aviv.

“Rumah-rumah di sini mengalami kerosakan yang sangat, sangat teruk.

tel aviv
Pasukan penyelamat sedang melaksanakan operasi di salah sebuah kejiranan di Tel Aviv yang teruk terjejas akibat serangan Iran, pagi tadi.

“Mujurlah, salah satu daripadanya memang dijadualkan untuk diroboh dan dibina semula, jadi tiada penghuni di dalamnya,” kata Datuk Bandar Tel Aviv, Ron Huldai.

Tambahnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana penduduk di kawasan berkenaan sempat berlindung dalam tempat perlindungan.

“Mereka yang berada di dalam tempat perlindungan semuanya selamat dan berada dalam keadaan baik. Kerosakan memang sangat teruk, tetapi dari segi kehilangan nyawa, kita berada dalam keadaan baik,” katanya lagi.

Sementara itu, saluran berita Israel, Maariv berkata, kira-kira 40 peluru berpandu dilancarkan dari Iran, dengan sekurang-kurangnya 10 daripadanya mengenai sasaran.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button