LUAR NEGARA

Iran kembali lancar serangan

HAIFA – Iran kembali melancarkan serangan peluru berpandu balistik ke atas beberapa sasaran di Tel Aviv dan Haifa, hari ini.

Saluran berita Israel, Maariv berkata, daripada 40 peluru berpandu dilancarkan, sekurang-kurangnya 10 daripadanya mengenai sasaran.

Sementara itu, Kementerian Luar Iran menegaskan, Amerika Syarikat telah melakukan pelanggaran serius terhadap Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), undang-undang antarabangsa dan Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) dengan menyerang tiga pusat pengaayaan nuklear miliknya, pagi tadi.

“Kejadian pagi tadi adalah suatu tindakan yang keterlaluan dan akan membawa kesan yang berkekalan.

“Setiap anggota PBB harus berasa bimbang terhadap tingkah laku yang amat berbahaya, tidak sah dan jenayah ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan tersebut turut menegaskan, Iran berhak untuk bertindak balas bagi mempertahankan dirinya

“Selaras dengan Piagam PBB dan peruntukannya yang membenarkan tindakan balas yang sah dalam mempertahankan diri, Iran mengekalkan semua opsyen untuk mempertahankan kedaulatan, kepentingan dan rakyatnya,” kata kenyataan itu lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button