LUAR NEGARA

Calon Presiden Colombia kritikal setelah ditembak ketika berkempen

BOGOTA – Calon presiden Colombia, Miguel Uribe, dilaporkan berada dalam kritikal setelah ditembak ketika berkempen di sebuah taman awam di kejiranan Fontibon, di sini semalam.

Laporan The Guardian memberitahu, ahli senat berusia 39 tahun itu, yang bertanding untuk jawatan presiden pada tahun 2026, cedera di bahagian kepala.

Isteri Uribe, Maria Claudia Tarazona, dalam hantaran di akaun X miliknya berkata, suaminya sedang “berjuang untuk hidupnya”.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Pedro Sánchez berkata, seorang suspek telah ditahan berkaitan insiden tembakan itu dan pihak berkuasa sedang menyiasat sama ada terdapat pihak lain yang terlibat.

Pejabat Presiden Colombia turut mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa kerajaan “dengan tegas” menolak serangan ganas itu, dan menyeru siasatan menyeluruh dilaksanakan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button