JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki ditemukan mati ditembak

KLANG – Seorang lelaki tempatan maut dalam keadaan berlumuran darah di tempat duduk pemandu sebuah kenderaan pacuan empat roda dipercayai akibat ditembak di Meru, petang tadi.

Menruut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, pihaknya menerima maklumat kejadian sekitar pukul 3.37 petang daripada anggota rondaan yang sedang bertugas di lokasi berkenaan.

“Kejadian berlaku di hadapan sebuah premis menjual motosikal di Lorong Mahang 1, Taman Meru Utama, Meru, Klang.

“Sejurus maklumat diterima, sepasukan polis menghala ke tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyatan, hari ini.

Tambahnya, siasatan awal mendapati mangsa merupakan lelaki tempatan berusia lingkungan 46 tahun dan ditemukan dalam keadaan mengiring dan berlumuran darah di tempat duduk pemandu.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di lokasi kejadian,” katanya lagi.

Tambahnya, siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek dan motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau turut menyeru orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.

Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan M Sathiyaseelan di talian 012-5197913 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button