Lima rumah rosak teruk dilanda angin kencang di Perlis
KANGAR – Lima buah rumah mengalami kerosakan teruk akibat kejadian angin kencang dan hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di Perlis pada pukul 8 malam semalam.
Antara kawasan terjejas termasuk Wang Bintong, Ulu Pauh dan Sungai Berembang di Simpang Empat dengan dua buah rumah masing-masing di Wang Bintong dan Ulu Pauh manakala satu lagi di Sungai Berembang.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor memaklumkan, pihaknya segera turun padang sejurus menerima maklumat daripada pengurusan masjid di kawasan terlibat.
“MAIPs bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang menyelaras dan mengemaskini anggaran sebenar kerosakan yang dialami berdasarkan laporan dan tinjauan lapangan,” katanya dalam kenyataan semalam.
Tambah beliau, mangsa terjejas diminta membuat laporan polis dan menyerahkan laporan tersebut bersama gambar kejadian kepada pihak JKM bagi tindakan susulan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








