JENAYAH & MAHKAMAH
Lelaki ditemukan meninggal dunia di jejantas berhampiran sekolah
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di berhampiran sebuah sekolah di Taman Damansara Aliff, Lebuh Raya Pasir Gudang, di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu pada pukul 8.54 pagi.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun.
“Hasil pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian ini.
“Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Kematian Mengejut (SDR) dan mayat telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi tindakan lanjut,” katanya memetik laporan Buletin TV3.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








