BERITA SEMASA

Sambutan Minggu Perpaduan: 2,400 peserta makan kacang pool catat Malaysia Book of Records

JOHOR BAHRU – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah menerima pengiktirafan
Malaysia Book of Records (MBOR) bagi peserta teramai memakan menu kacang pool pada Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.

Seramai 2,400 orang peserta telah menyertai cabaran ini dengan memakan kacang pool bersama-sama secara serentak sekali gus mencipta detik-detik perpaduan.

Menurut Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang, rekod ini bukan hanya sekadar untuk mendapatkan pengiktirafan, malah program ini jelas membuktikan keakraban, keharmonian dan jalinan perpaduan yang sangat utuh dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama.

Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang (tengah) mengambil bahagian dalam Malaysia Book of Records (MBOR) bagi peserta teramai memakan menu kacang pool pada Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan.

“Kacang pool dipilih sebagai menu utama cabaran Malaysia Book of Records kerana makanan ini merupakan salah satu hidangan yang terkenal di Negeri Johor.

“Menu ini dimasak dengan menggunakan kacang sebagai bahan asas, dilihat sebagai satu hidangan yang dapat diraikan bersama dan menjadi pilihan masyarakat merentasi bangsa dan usia,” jelasnya.

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) mencipta Malaysia Book of Records (MBOR) bagi peserta teramai memakan menu kacang pool hari ini.

Tambah beliau, cabaran ini telah menerima penyertaan daripada pelbagai pihak termasuk pelajar-pelajar sekolah, mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), komuniti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan orang awam.

“Kerajaan sentiasa berusaha mengangkat identiti makanan Malaysia sebagai simbol khazanah warisan negara yang menjadi salah satu inisiatif KPN iaitu ‘Ini Warisan Kita’.

“Saya berharap usaha seperti ini dapat
memberi manfaat kepada masyarakat khususnya dalam mengenali warisan melalui makanan, sekali gus mengiktiraf dan menghargai keunikan adat budaya setiap kaum,” katanya lagi.

Sijil Pengiktirafan Malaysia Book of Records akan dianugerahkan kepada Menteri Perpaduan Negara oleh Pegawai Malaysia Book of Records, Siti Hajar Johor dan Puan Lee Pooi Leng pada malam ini.

@malaysiatribune

Sambutan Minggu Perpaduan 2024 catat MBOR penyertaan terbanyak makan kacang pool

♬ Fenc Rap Beats – Ofail Nadeem

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button