BERITA SEMASA

Lebih 7,500 akaun pengguna di Pulau Pinang alami gangguan bekalan air

GEORGETOWN – Sebanyak 5,049 akaun pengguna di kawasan Jalan Lingkaran Luar Butterworth akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada Selasa ini.

Menurut Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), gangguan itu dijadualkan bermula pukul 10 pagi hingga 3 petang berikutan penutupan injap 450mm bagi kerja simulasi injap di kawasan terbabit.

“Akaun pengguna yang terlibat ialah di kawasan Taman Perkasa, Taman Meranti, Bagan Lebai Tahir, Pantai Bersih, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, Taman Ratna dan Pantai Robina.

“Selain itu, kawasan Jalan Teluk Air Tawar, Taman Senangan, Taman Seri Tawar dan Taman Telok Permai turut terjejas,” menurut hantaran PBAPP di Facebook, semalam.

Sementara itu, PBAPP turut memaklumkan sebanyak 2,500 akaun pengguna di Balik Pulau juga akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula pukul 10 malam Rabu hingga 6 pagi Khamis.

Gangguan itu disebabkan kerja pemasangan paip 300mm MS melibatkan kawasan sepanjang Jalan Pondok Upeh termasuk MRSM Balik Pulau, Kolej Kemahiran Tinggi Mara Balik Pulau, Lorong Seri Genting, Lorong Pondok Upeh, Solok Pondok Upeh, Lintang Pondok Upeh serta Taman Simpang Jaya (Lorong 1 hingga 6).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button