Laluan LRT Kelana Jaya alami gangguan akibat tren tergelincir
KUALA LUMPUR – Pengguna transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya mengalami gangguan perkhidmatan awal pagi tadi selepas kenderaan penyelenggaraan Rapid Rail tergelincir dari landasan ketika kerja baik pulih dijalankan di Stesen Universiti.
Insiden yang berlaku awal pagi tadi menyebabkan kerosakan sistem semboyan sekali gus menjejaskan jadual tren antara Stesen Taman Bahagia hingga KL Sentral.
Dalam kenyataan rasmi, Rapid Rail memaklumkan bahawa tren alternatif dan bas perantara telah disediakan untuk menghubungkan stesen terkesan dengan kekerapan antara 4 hingga 20 minit bergantung kepada lokasi.
Gangguan tersebut turut dilaporkan pengguna melalui media sosial.
Menerusi perkongsian di Threads oleh @_asyikin_11, masalah berlaku seawal 7.30 pagi.
“Lagi sekali, masih pukul 7.30 pagi, ada gangguan teknikal. Manusia sesak dekat semua stesen,” tulisnya.
Pasukan kejuruteraan Rapid Rail kini berada di lokasi untuk menjalankan kerja baik pulih yang dijangka selesai dalam tempoh kira-kira 45 minit.
Pengguna dinasihatkan untuk merujuk media sosial Rapid KL bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai jadual perkhidmatan.
Setakat ini, beberapa stesen melaporkan tren mula kembali stabil namun kelewatan masih berlaku di beberapa kawasan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







