BERITA SEMASA

KPT adakan mesyuarat bersama MQA minggu depan – Zambry

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dijangka mengadakan perbincangan dengan Lembaga Kelayakan Malaysia (MQA) minggu depan bagi bagi memperhalusi aspek teknikal dan pengiktirafan kelayakan susulan syarat lulus subjek Bahasa Melayu dan Sejarah bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perbincangan itu bagi memastikan kelulusan yang diperoleh pelajar dalam pelbagai aliran termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama serta Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) selaras dengan syarat kemasukan ke universiti.

“Perbincangan lebih kepada aspek teknikal secara mendalam supaya setiap keputusan dibuat berdasarkan penelitian dan bukannya pandangan sesuka hati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika selepas merasmikan jelajah Karnival Jom Masuk U Zon Wilayah (Premier) anjuran KPT dengan kerjasama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sempena Hari Terbuka Putrajaya di sini, hari ini.

Baca juga : Lebih 70,000 pelajar dijangka banjiri jelajah Karnival Jom Masuk U di Putrajaya

Mengulas lanjut, Zambry berkata, sesi perbincangan itu akan melibatkan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi KPT serta Ketua Pegawai Eksekutif MQA bagi meneliti aspek teknikal dan kualiti pengiktirafan sijil-sijil terbabit.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan memastikan kelulusan pelajar daripada pelbagai aliran adalah selaras dan diiktiraf apabila mereka memohon melanjutkan pengajian ke universiti.

Tegas Zambry, langkah tersebut bukan satu paksaan, sebaliknya bertujuan membuka ruang dan peluang pendidikan yang terbaik bagi semua rakyat Malaysia.

Katanya, kepelbagaian sistem pendidikan semasa memerlukan pendekatan menyeluruh agar pelaksanaan dasar kerajaan dapat dilaksanakan secara saksama dan berkesan.

Dr Zambry menambah, perkara ini juga sejajar dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menekankan kepentingan mengambil kira semua aliran pendidikan dalam memastikan mata pelajaran seperti Sejarah diajar secara konsisten.

“Kita telah pun berbincang secara mendalam kerana sebarang keputusan yang hendak kita laksanakan berkaitan pelaksanaan Bahasa Melayu dan Sejarah melibatkan sekolah antarabangsa, sekolah agama dan juga sekolah aliran lain termasuk UEC,” katanya.

“Sekarang ini kita akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak terlibat untuk melihat dari segi kelulusan dan memastikan pengiktirafan yang diberikan nanti selaras dengan keperluan kemasukan ke universiti,” tambahnya.

“Ini bukan soal paksaan. Kita ingin memastikan setiap rakyat Malaysia mendapat pendidikan terbaik, dengan mengambil kira kepelbagaian sistem yang ada pada hari ini,” tegas Dr. Zambry.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button