BERITA SEMASA

KPM terus perkasa Tingkatan 6, tarik minat lepasan SPM

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) terus komited memperkasa pendidikan Tingkatan 6 agar menjadi pilihan utama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut kenyataan KPM, beberapa inisiatif penting sedang dilaksanakan bagi meningkatkan daya tarikan dan kualiti pengajian di peringkat tersebut, seiring pengumuman keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

“Antara inisiatif itu termasuk pelaksanaan program Tingkatan 6 di universiti awam bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan setaraf dengan prauniversiti.

“Lepasan STPM juga diberi peluang melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), selain ditawarkan biasiswa khas kepada pelajar cemerlang,” kata kenyataan itu semalam.

Pelajar Tingkatan 6 turut menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) serta dermasiswa untuk keluarga B40 bagi meringankan beban kewangan.

Menurut KPM, latihan profesional turut disediakan kepada guru Tingkatan 6, manakala insentif khas diberikan kepada Pusat Tingkatan 6 yang menunjukkan prestasi cemerlang.

“Sistem ‘patching’ juga diperkenalkan bagi memberi ruang kepada pelajar memperbaiki keputusan STPM, selain penubuhan Majlis Tingkatan 6 sebagai platform penyelarasan dasar dan kerjasama antara pihak berkepentingan,” kata kenyataan itu lagi.

KPM turut berkata, usaha itu adalah sebahagian daripada komitmen di bawah 7TerasKPM dan kerangka Malaysia MADANI yang menekankan pendidikan berteraskan nilai insan dan kesejahteraan masyarakat. 0

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button