KPM tarik semula arahan, guru tidak perlu cetak e-RPH setiap minggu
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) menarik semula arahan yang dikeluarkan sebelum ini mengenai keperluan guru mencetak Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian Secara Dalam Talian (e-RPH) setiap minggu.
Walau bagaimanapun, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Azman Adnan berkata, guru perlu bersedia untuk mengemukakan RPH sekiranya diperlukan.
“Saya mendengar pendapat dan luahan guru mengenai arahan untuk mencetak e-RPH pada setiap minggu.
“Setelah membuat pertimbangan, saya dapati tiada keperluan untuk berbuat demikian dan telah mengarahkan supaya arahan untuk mencetak e-RPH seperti dalam soalan lazim berkenaan ditarik semula serta-merta,” katanya dalam hantaran Facebook rasmi KPM semalam.
Azman menambah, KPM sentiasa berusaha untuk menambah baik amalan dalam pengajaran dan pembelajaran dan pada waktu sama memastikan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah terpelihara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








