BERITA SEMASADALAM NEGERI

KPKM beri amaran penipuan tender palsu

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menasihatkan orang awam dan syarikat agar berwaspada terhadap penipuan yang melibatkan proses tender palsu dari kementerian itu susulan beberapa kes dilaporkan tular di media sosial dan platform komunikasi digital.

Menurut kenyataan rasmi KPKM, penipuan tersebut menggunakan pelbagai taktik bagi menipu mangsa, antaranya:

1️⃣ Dakwaan palsu kononnya mangsa telah berjaya memperoleh tender daripada KPKM.

2️⃣ Permintaan kerjasama kewangan daripada mangsa sebagai ‘rakan kongsi tender’.

3️⃣ Penggunaan dokumen palsu yang memaparkan nama dan jawatan pegawai KPKM bagi menimbulkan keyakinan palsu.

Kementerian mengingatkan bahawa penipuan jenis itu kini semakin licik dan boleh menjejaskan kewangan serta reputasi individu dan organisasi yang terlibat.

Sehubungan itu, KPKM menasihatkan sesiapa yang menjadi mangsa penyamaran identiti oleh scammer atau terperangkap dalam penipuan tender segera membuat Laporan Perlindungan (Cover Report) di balai polis berhampiran.

Kementerian turut mengingatkan semua pihak supaya sentiasa berhati-hati apabila menerima sebarang tawaran tender atau komunikasi yang mencurigakan, terutama yang meminta bayaran atau maklumat peribadi.

KPKM menegaskan bahawa hanya proses tender rasmi melalui saluran yang betul disahkan oleh kementerian dan sebarang tawaran di luar prosedur rasmi perlu dipandang serius sebagai cubaan penipuan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button