Koroner tarik diri dengar prosiding inkues Zara Qairina
CYBERJAYA – Prosedur inkues berhubung punca kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir bermula bulan depan akan didengari di hadapan koroner baharu.
Koroner terdahulu, iaitu Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Azreena Aziz hari ini memaklumkan beliau menarik diri daripada mendengar inkues berkenaan, lapor portal Mkini.
Tempat beliau akan digantikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan.
Beliau berkata, penarikan dirinya daripada mendengar kes berkenaan adalah kerana beliau menetap di Papar, lokasi sekolah agama yang dihadiri Allahyarham Zara Qairina, walaupun beliau tidak mengenali nama-nama yang didakwa terbabit dalam kes itu.
Tarikh inkues tersebut telah ditetapkan pada 3 hingga 4 Sept, 8 hingga 12 Sept, 17 hingga 19 Sept dan 22 hingga 30 Sept ini.
Sebelum itu, Mahkamah Koroner membenarkan permohonan peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina untuk diiktiraf sebagai pihak berkepentingan dalam prosiding inkues serta mendapat akses kepada semua dokumen berkaitan kes tersebut.
Dalam prosiding sama, mahkamah turut membenarkan permohonan serupa daripada peguam yang mewakili lima remaja perempuan bawah umur yang didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu minggu lalu berhubung kes buli berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








