POLITIK

Kongres Nasional PKR buka tirai malam ini

JOHOR BAHRU – Kongres Nasional PKR 2024/2025 akan membuka tirai hari ini dengan perasmian serentak Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Kongres Wanita oleh Setiausaha Agung, Dr Fuziah Salleh.

Majlis perasmian akan berlangsung pukul 8 malam di Berjaya Waterfront Hotel di sini, dengan dihadiri Ketua AMK, Adam Adli Abdul Halim; Ketua Wanita, Fadhlina Sidek serta perwakilan kedua-dua sayap.

Kedua-dua sayap parti akan memulakan kongres masing-masing esok, dengan ucapan dasar Adam Adli dan Fadhlina.

Ini akan diikuti dengan sesi perbahasan ucapan dasar ketua sayap sebelum sesi penggulungan oleh setiausaha, naib ketua, timbalan ketua dan ketua sayap masing-masing.

Pengundian Pemilihan Peringkat Pusat akan diadakan Jumaat merangkumi pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan AMK dan Majlis Pimpinan Wanita, bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Presiden PKR yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menyampaikan ucapan dasar sekali gus merasmikan Kongres Nasional PKR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada sebelah malam, hari sama.

Fuziah sebelum ini berkata hampir 10,000 perwakilan dijangka hadir pada Kongres Nasional PKR 2024/2025 seterusnya mengundi secara fizikal bagi Pemilihan Pusat manakala 20,000 perwakilan lagi akan mengundi secara dalam talian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button