Kompleks C Putrajaya kecoh dakwaan gangguan selepas pokok besar ditebang
PUTRAJAYA – Suasana di Kompleks C di sini menjadi perhatian selepas tular sebuah video di media sosial memaparkan papan tanda ‘laluan kecemasan’ di dalam sebuah pejabat bergoyang sendiri sekali gus mencetuskan spekulasi berlakunya gangguan makhluk halus di bangunan tersebut.
Rakaman itu menimbulkan tanda tanya kerana pergerakan papan tanda berkenaan dirakam dalam ruang bangunan tertutup yang tidak memungkinkan akibat tiupan angin.

Menariknya kedengaran suara perbualan beberapa orang kakitangan dan mereka yang berada di lokasi langsung tidak menunjukkan rasa panik atau ketakutan.
Susulan penularan video berkenaan, tersebar pula khabar angin yang mendakwa insiden berkenaan berpunca daripada gangguan ‘entiti’ selepas sebatang pokok besar di belakang bangunan tempat kejadian dipotong.
Pokok yang dipotong itu dikatakan adalah rumah bagi makhluk halus yang menghuni kawasan itu.
“Katanya sebab hari itu ada potong pokok di belakang Kompleks C, rumah dia,” kata sumber.
Selain pergerakan papan tanda, tersebar juga gambar lembaga berambut panjang yang dikatakan dirakam menggunakan telefon pintar, sekali gus menambah lagi kehangatan cerita tersebut.
Selain itu, turut tular sekeping notis yang didakwa dikeluarkan oleh pihak pengurusan bangunan mengenai pelaksanaan sesi ‘pembersihan’ dan ‘pagar’ oleh seorang ustaz.
Notis itu meminta semua kakitangan membuka pintu pejabat dan bilik bagi ‘memberi laluan keluar’ kepada entiti yang dimaksudkan.
Difahamkan, sesi rukyah turut diadakan di lobi bangunan selepas solat Maghrib.
Peristiwa itu mengundang pelbagai reaksi di media sosial.
Ada netizen yang percaya gangguan berpunca daripada penebangan pokok, manakala sebahagian lain lebih skeptikal, mengaitkan pergerakan papan tanda itu dengan aliran udara penghawa dingin.
“Dia marah sebab rumah kena kacau. Sebelum ini kontraktor ada potong satu pokok besar, dari situ mula ada gangguan,” dakwa seorang pengguna TikTok.
Namun, seorang lagi netizen menulis: “Dah sah-sah goyang sebab bawah ‘blower’ (pendingin udara).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








