Simpan stok melebihi had muatan, 18 tan beras dirampas di Batu Caves
BATU CAVES – Sebanyak 18 tan beras dirampas daripada sebuah premis peruncit di sini selepas dipercayai melebihi had yang dibenarkan di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522].
Unit Penguat Kuasa Kawalselia Padi dan Beras Putrajaya dalam kenyataan memaklumkan, pemeriksaan dilakukan selepas menerima maklumat daripada orang awam.

“Hasil pemeriksaan menemukan 1,882 kampit beras seberat 10 kilogram setiap satu dengan jumlah keseluruhan rampasan 18,820 kilogram bernilai RM65,870,” menurut kenyataan yang dimuat naik di media sosial hari ini.
Kes berkenaan kini disiasat di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522].
Unit Penguat Kuasa berkenaan menegaskan pemantauan dan operasi pemeriksaan akan terus dijalankan bagi memastikan semua pihak mematuhi peraturan perlesenan dan tidak menyorok stok beras untuk tujuan yang menyalahi undang-undang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








