BERITA SEMASA

PULSE Group raikan 200 pelajar kurang upaya, anak yatim sempena Aidilfitri

PUTRAJAYA – Putrajaya Leisures & Services Group Sdn Bhd (PULSE Group) menganjurkan Majlis Amal Iftar “Seindah Kasih, Seikhlas Hati” meraikan seramai 200 anak-anak yatim serta kanak-kanak istimewa daripada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam.

Presiden Perbadanan Putrajaya menyampaikan sumbangan duit raya kepada pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), diiringi Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PULSE.
Presiden Perbadanan Putrajaya menyampaikan sumbangan duit raya kepada pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), diiringi Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PULSE.

Majlis amal itu merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) PULSE Group yang bertujuan menghimpunkan rakan-rakan korporat dan rakan niaga dalam usaha menyantuni golongan yang memerlukan dalam suasana penuh kasih sayang dan kebersamaan.

Program itu juga memberi peluang kepada anak-anak yatim dan kanak-kanak kurang upaya merasai pengalaman berbuka puasa secara istimewa serta menerima sumbangan yang dapat meringankan persiapan mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Pegawai Eksekutif PULSE Group, Rahim Md Junoh berkata, majlis itu adalah manifestasi komitmen syarikat dalam memperkukuhkan nilai kemanusiaan serta semangat kebersamaan dalam masyarakat.

“Melalui inisiatif ini, kami berharap dapat membawa kegembiraan kepada anak-anak yatim dan kanak-kanak kurang upaya, khususnya dalam meraikan bulan Ramadan yang penuh keberkatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kanak-kanak yang diraikan terdiri daripada pelajar PPKI Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(2) dan Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran serta anak-anak yatim daripada Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim Miskin Rukaiyah.

Majlis itu turut mendapat sokongan lebih 20 syarikat korporat dan rakan niaga sebagai rakan penaja strategik melalui penajaan meja iftar, termasuk sumbangan tunai dan barangan keperluan kepada penerima.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyokong program berkenaan.

“Sokongan para penaja dan rakan strategik bukan sahaja menceriakan anak-anak yang diraikan, malah menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk terus menyemarakkan budaya prihatin dan tanggungjawab sosial,” katanya lagi.

Majlis itu diserikan dengan kehadiran Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Mohd Sakeri Abdul Kadir, yang hadir sebagai tetamu kehormat dan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yang diraikan.

PULSE Group berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan penglibatan lebih ramai pihak korporat dan komuniti bagi memastikan usaha menyantuni golongan memerlukan dapat diperluas secara berterusan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button