BERITA SEMASA

Kerajaan kekal nama Kota Madani – Dr Zaliha

PUTRAJAYA – Kerajaan bercadang mengekalkan nama Kota Madani bagi projek pembangunan kuarters penjawat awam yang dirancang di Putrajaya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Dr. Zaliha Mustafa.

Menurut beliau, nama itu bukan sekadar simbolik tetapi mencerminkan iltizam dan visi kerajaan untuk mewujudkan ekosistem hidup yang holistik mampan serta berteraskan nilai-nilai MADANI.

“Setakat ini kita bercadang untuk mengekalkan nama Kota Madani, ini adalah hasrat daripada kerajaan hari ini dan khususnya Perdana Menteri sendiri.

“Ia digarap dengan konsep CCT (Connected, Compact & Transit-Oriented) yang sangat menyeru,” katanya kepada media semasa sidang media dijalankan

Beliau menegaskan, penggunaan nama Madani tidak harus dilihat sebagai bersifat politik semata-mata, sebaliknya sebagai satu konsep pembangunan yang boleh diperluas ke kawasan-kawasan lain di masa depan.

“Yang paling penting adalah konsepnya. Jika kita berjaya laksana di Putrajaya, insya-Allah kita akan perluaskan ke tempat-tempat lain,” katanya.

Sementara itu, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Fadlun Mak Ujud, memaklumkan bahawa projek pembangunan tersebut akan dilaksanakan dalam tiga fasa dengan kos keseluruhan dianggarkan sekitar RM4 bilion, menggunakan kaedah rivate Financing Initiative (PFI).

Beliau menjelaskan, kerajaan tidak akan menanggung kos penyelenggaraan secara langsung kerana projek ini menggunakan pendekatan Build, Lease, Maintain and Transfer (BLMT) yang membolehkan kerajaan membuat pembayaran secara ansuran dalam tempoh panjang.

” Kos ditanggung secara minimum. Kerajaan tidak perlu keluar belanja besar sekaligus, sebaliknya dibayar dalam jangka masa yang ditetapkan,” jelasnya.

Fasa pertama projek dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini dan melibatkan pembinaan 3,000 unit kuarters yang akan siap serentak dengan pembinaan sekolah vertikal berdekatan.

Syarikat Putrajaya Holdings telah dilantik sebagai pemaju utama, dan semua urusan perolehan dan tender akan dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat tersebut, tanpa campur tangan kerajaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button