Kestabilan politik demi ekonomi, bukan pertahan jawatan – PM
SUNGAI PETANI – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menegaskan keutamaan kerajaan mengekalkan kestabilan politik bukan bertujuan mempertahankan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, sebaliknya bagi memastikan momentum pertumbuhan ekonomi negara terus terpelihara.
Menurut beliau, dakwaan kononnya beliau sengaja mengelak pembubaran Parlimen demi kekal berkuasa adalah tidak berasas kerana kestabilan politik ketika ini menjadi antara faktor utama yang menyumbang kepada keyakinan pelabur terhadap Malaysia.
Katanya, keadaan politik yang stabil telah membantu memperkukuhkan prestasi ekonomi negara, termasuk menarik minat pelabur asing dan tempatan untuk terus melabur.
“Memang ekonomi kita berada dalam keadaan baik kerana politik stabil. Jika politik menjadi tidak menentu, pelabur luar tidak akan datang dan pelabur tempatan juga akan berfikir dua kali untuk melaburkan wang mereka.
“Ini bukan propaganda politik untuk mempertahankan kuasa. Jika tiba masanya pilihan raya dan berlaku pertukaran kepimpinan, itu adalah proses demokrasi. Saya faham realiti politik, saya bukan budak,” katanya ketika berucap pada Sesi Pertemuan Mesra bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Negeri Kedah di Dewan Perdana, UiTM Merbok, di sini hari ini.
Beliau turut menegaskan bahawa setiap pemimpin perlu menjunjung amanah rakyat dan tidak menyalahgunakan kuasa yang diberikan untuk kepentingan peribadi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















