BERITA SEMASADALAM NEGERI

Kolam dewasa Presint 9 dibuka hari ini, tiket RM2

PUTRAJAYA – Kolam renang dewasa di Kompleks Kejiranan Presint 9 dibuka secara rasmi kepada orang ramai bermula hari ini dengan kadar bayaran masuk RM2 bagi setiap sesi.

Perbadanan Putrajaya dalam kenyataan berkata, kolam tersebut akan beroperasi dalam empat sesi harian iaitu bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi, diikuti sesi kedua dari 1.00 tengah hari hingga 3.00 petang, sesi ketiga dari 5.00 petang hingga 7.00 malam dan sesi terakhir bermula 8.00 malam sehingga 10.00 malam.

Kemudahan kolam renang berasingan untuk lelaki dan wanita itu dibuka setiap hari kecuali Isnin.

Menurut kenyataan itu, sebagai langkah menjaga kebersihan dan keselesaan semua pengunjung, hanya pakaian renang dibenarkan untuk memasuki kolam.

“Pakaian berbahan cotton seperti t-shirt dan seluar yang bukan dari material baju renang tidak dibenarkan sama sekali.

“Menariknya, kemudahan kolam renang itu turut menyediakan kolam berasingan bagi lelaki dan wanita, selari dengan keperluan pengunjung yang menitikberatkan privasi dan keselesaan semasa berenang,” katanya.

Kolam tersebut akan ditutup setiap hari Isnin bagi tujuan penyelenggaraan berkala.

Orang ramai dijemput hadir pada hari pembukaan rasmi bagi merasai sendiri pengalaman berenang di kemudahan serba moden itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button