BERITA SEMASADALAM NEGERI

Hari Kebangsaan : Japen semarakkan 1R1JG ke sektor swasta

PUTRAJAYA – Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) memperluas pelaksanaan Program Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) ke sektor swasta dalam usaha menyemarakkan semangat patriotisme menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Sejajar dengan usaha itu, Japen hari ini melaksana kerjasama dengan IOI City Mall menerusi penganjuran Program 1R1JG yang berlangsung di pusat beli-belah berkenaan.

Penyerahan kit Jalur Gemilang disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Penerbitan dan Dasar Negara, Japen, Mohd Sabri Abdullah kepada Penolong Pengurus Besar IOI City Mall, Wilfred Wong.

Program berkenaan turut dimeriahkan dengan edaran bendera percuma kepada orang ramai serta pelbagai persembahan kebudayaan menerusi Kempen Kemerdekaan ke-68.

Mohd Sabri Abdullah mengedar Jalur Gemilang kepada orang ramai pada Program Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) di IOI City Mall, Putrajaya hari ini.

Antara pengisian menarik ialah pameran kereta oleh Proton dengan tarikan utama sebuah Proton Saga keluaran 1985 dan budaya Borneo Bamboo Dance & Interactive Performance.

Inisiatif 1R1JG yang diperkenalkan Japen bertujuan menggelorakan kibaran Jalur Gemilang di setiap rumah dan bangunan, sekali gus menyuburkan semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat.

Persembahan kebudayaan pada Program Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) di IOI City Mall, Putrajaya hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button