97,000 warga emas terima vaksin Influenza
PUTRAJAYA – Seramai 97,355 warga emas telah menerima suntikan vaksin influenza di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat semalam.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, program vaksinasi yang dilancarkan pada 18 Februari lalu menyasarkan individu berusia 60 tahun ke atas yang menghidap penyakit kronik.
“Golongan ini merupakan kumpulan berisiko tinggi yang mudah terdedah kepada komplikasi serius akibat jangkitan. Justeru, vaksin influenza diberikan sebagai langkah pencegahan dalam usaha memperkukuh program imunisasi kebangsaan.
“Pelaksanaan imunisasi kepada warga emas dan ibu mengandung merupakan antara inisiatif di bawah strategi imunisasi sepanjang hayat yang digariskan oleh KKM.
“Langkah ini penting bagi memastikan perlindungan berterusan kepada kumpulan rentan,” katanya dalam ucapan Majlis Perasmian Sambutan Hari Imunisasi Peringkat Kebangsaan Tahun 2025.
Dr. Dzulkefly menegaskan dasar vaksinasi negara akan terus diteliti dan ditambah baik selaras dengan bukti saintifik serta garis panduan antarabangsa bagi memastikan keberkesanan berterusan.
“Saya menyeru masyarakat agar terus merujuk kepada sumber rasmi dan tidak menyebarkan maklumat palsu mengenai vaksinasi,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








