
Ketua-ketua UMNO bahagian adakan perjumpaan khas di KL malam ini
KUALA LUMPUR – Ketua-ketua UMNO bahagian dari seluruh negara dilaporkan mengadakan satu pertemuan khas di sebuah hotel di ibu negara, malam ini.
Difahamkan, tujuan utama pertemuan adalah bagi menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan Titah Adendum agar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibenarkan menjalani baki hukuman penjara di rumah.
Malaysia Tribune yang berada di lokasi memaklumkan, kelibat ketua-ketua dan wakil UMNO bahagian mula kelihatan sejak jam 8 malam, dengan pertemuan dijangka bermula setengah jam kemudian.
Menurut sumber, inisiatif pertemuan itu datang daripada ketua-ketua bahagian sendiri tanpa melibatkan sebarang penglibatan rasmi daripada pihak UMNO Pusat.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disahkan tidak menghadiri perjumpaan tersebut kerana berada di luar negara atas urusan rasmi.
Dalam pada itu, satu sidang media oleh Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah dijadual berlangsung sejurus selesai perjumpaan berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








