POLITIK

Zahid nafi wujud kem dalam UMNO menjelang pemilihan parti

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan yang mengatakan wujudnya kem-kem dalam kalangan calon yang bertanding pada pemilihan UMNO akan datang.

Menurut Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, beliau menegaskan terdapat hanya wujud satu kem dalam parti itu, iaitu kem UMNO Malaysia.

“Ada kem, satu kem sahaja, kem UMNO Malaysia. Memang tak wujud pun (dakwaan wujud tiga kem),” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melakukan lawatan kerja di Kompleks Industri Makanan MARA (KIMAR) di Batu Caves, di sini.

Kata Ahmad, beliau berharap penjenamaan semula nama KIMAR kepada MARA Halal Industrial Park (MHI)  menepati fungsi dan peranannya sebagai penyedia ekosistem keusahawanan halal yang lengkap dan inklusif.

Beliau diminta untuk mengulas pandangan penganalisis politik yang melihat seperti wujud tiga kem dalam kalangan calon bertanding pada pemilihan UMNO bulan depan, iaitu kem propresiden, antipresiden serta berkecuali atau bebas.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button