Kerajaan bakal teliti aspek keselamatan program Himpunan RXZ Members
KUALA LUMPUR – Aspek keselamatan yang berkait penganjuran program seperti Himpunan RXZ Members akan diberi perhatian oleh kerajaan susulan laporan kematian melibatkan beberapa peserta acara tersebut.
Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, pihaknya mengambil maklum akan pergerakan orang ramai yang hadir ke program itu dan menekankan keperluan untuk memastikan keselamatan sepanjang perjalanan.
“Insya-Allah akan diteliti (aspek keselamatan),” katanya ketika ditemui selepas Majlis Peluncuran Kempen Denyut Nadi Merdeka dan Pengumuman Operasi Rapid KL Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pasar Seni, hari ini.
Dalam pada itu Fahmi turut mendoakan agar semua peserta yang terlibat selamat pulang ke destinasi masing-masing serta menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.
“Jadi saya doakan agar mereka yang telah meninggal dunia mereka ditempatkan di kalangan orang beriman mereka diampuni segala dosa dan mereka yang hadir ke acara tersebut selamat pergi dan selamat kembali ke destinasi,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








