BERITA SEMASAKEMENTERIAN KOMUNIKASI

Isu Ambalat dijangka jadi topik Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia

PUTRAJAYA – Isu sempadan maritim membabitkan kawasan Ambalat di Laut Sulawesi dijangka menjadi antara agenda perbincangan dalam Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia yang bakal berlangsung di Jakarta pada 29 Julai ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengetuai delegasi negara ke rundingan tersebut yang kali terakhir diadakan pada 2017.

“Proses rundingan tahunan ini lazimnya menjadi platform terbaik untuk pemimpin kedua-dua negara menyuarakan pandangan serta menetapkan hala tuju terhadap isu-isu bersama.

“Isu Ambalat bukan sesuatu yang baharu dan saya menjangkakan ia akan turut disentuh dalam pertemuan berkenaan,” katanya dalam sidang media mingguan di sini, hari ini.

Bagaimanapun, ujar beliau, sebagaimana dinyatakan Perdana Menteri sebelum ini, pelbagai aspek termasuk isu teknikal perlu diteliti secara menyeluruh.

“Kita anggap perbincangan pada hujung Julai ini sebagai langkah permulaan bukannya titik penamat dalam menyelesaikan isu tersebut,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button