Status Rafizi sebagai Menteri Ekonomi masih jadi tanda tanya
KUALA LUMPUR – Status Datuk Seri Rafizi Ramli selaku Menteri Ekonomi masih menjadi tanda tanya susulan kekalahannya dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR.
Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, beliau masih belum menerima sebarang maklumat mengenai perkara itu dan orang ramai diminta agar terus menunggu perkembangan selanjutnya.
“Saya belum ada maklumat lanjut setakat ini, jadi kita perlu tunggu,” kata Fahmi yang juga jurucakap kerajaan ketika menghadiri acara Google’s Project Sigma: Engaging Malaysian Gen Z for News di ibu negara hari ini.
Terdahulu, Rafizi dilaporkan pernah berkata akan meletakkan jawatan Kabinet sekiranya gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti.
Baca juga : Rafizi luah hasrat letak jawatan?
Rafizi tewas kepada Nurul Izzah Anwar dalam pemilihan pada 23 Mei lalu.
Nurul Izzah, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh memperoleh 9,803 undi menewaskan Rafizi yang meraih 3,866 undi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








