Fahmi Fadzil kecam serangan terhadap wartawan sukan, gesa siasatan dijalankan segera
PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengecam tindakan dua individu yang menyerang wartawan sukan, Haresh Deol hingga mendatangkan kecederaan, petang tadi.
Fahmi berkata, beliau berharap siasatan dapat dijalankan dengan segera.
“Keselamatan pengamal media, lebih-lebih lagi ketika mereka menjalankan tugas, sama sekali tidak boleh dikompromi,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.
Dalam pada itu Fahmi berkata, beliau juga telah menghubungi Haresh untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian yang berlaku petang tadi.
Katanya, Haresh memaklumkan bahawa beliau baru selesai membuat laporan polis dan kini sedang menyelesaikan urusan laporan perubatan.
Terdahulu media melaporkan wartawan sukan terkenal itu membuat laporan polis selepas diserang oleh dua individu hingga menyebabkan kecederaan.
Haresh berkata, kejadian itu turut dirakam seorang lagi individu yang berada di lokasi kejadian.
Haresh yang juga Timbalan Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan Malaysia (NPC) dikenali sebagai wartawan yang lantang bersuara mengenai isu-isu bola sepak tempatan termasuk kemelut FAM, FIFA yang melibat tujuh pemain warisan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








