BERITA SEMASAHIBURAN

Fahmi Fadzil enggan komen isu KJ

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menegaskan isu membabitkan tiga penyampai radio Hot FM yang didakwa mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan berada di bawah bidang kuasa kementeriannya.

Beliau meminta supaya perkara itu dirujuk kepada pihak pengurusan stesen radio terbabit, Media Prima Berhad, bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

“Itu boleh rujuk dengan Media Prima, ia bukan di bawah agensi saya,” katanya ringkas ketika menjawab soalan wartawan dalam sidang media mingguan kementeriannya di sini hari ini.

Isu tersebut tercetus apabila satu video tular pada pagi Isnin lalu, memperlihatkan penyampai radio Hot FM, Khairy Jamaluddin (KJ), menggayakan ucapan manifesto yang pernah dibentangkan oleh Anwar semasa kempen politik.

Rakaman video berdurasi 38 saat itu memaparkan KJ mempromosikan dirinya untuk diundi sebagai Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-36 dengan nada gurauan.

Gurauan tersebut disambut tawa oleh dua rakan penyampai lain, Johan dan Fara Fauzana.

Walau bagaimanapun, gurauan mereka mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pendengar yang merasakan ia tidak wajar, lebih-lebih lagi melibatkan keperibadian pemimpin negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button