Kes khalwat: Kepimpinan parti akan tentukan tindakan terhadap Nik Nazmi – Rafizi
KUALA LUMPUR – Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) menyerahkan kepada kepimpinan parti untuk menentukan tindakan atau proses tatatertib terhadap Nik Nazmi Nik Ahmad susulan pengakuannya ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung isu khalwat.
Pemimpin BERSAMA, Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli berkata, sebarang keputusan perlu dibuat mengikut proses dan prosedur parti sebelum tindakan lanjut diambil.
“Perkara itu perlu melalui proses parti kerana saya dan Nik Nazmi sebenarnya hanyalah ahli biasa dalam parti.
“Oleh itu, kepimpinan parti yang perlu melalui dan mengendalikan proses berkenaan. Kita tunggu sekiranya ada kenyataan dikeluarkan oleh Presiden,” katanya hari ini.
Terdahulu, Nik Nazmi mengesahkan beliau antara individu yang ditahan JAIS dalam kes dua individu bukan mahram berdua-duaan di tempat tertutup di sini pada 15 Oktober lalu.
Mengulas permohonan maaf yang dibuat Nik Nazmi kepada keluarga dan parti, Rafizi berkata, tindakan itu wajar dilakukan oleh bekas Ahli Parlimen Setiawangsa berkenaan.
“Sebab itu memang perlu untuk beliau mengeluarkan kenyataan dahulu manakala proses-proses lain akan ditentukan oleh pihak kepimpinan parti kelak,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






