BERITA SEMASA

‘Saya kena datang esok pukul 10 pagi seperti biasa’ – Rafizi

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli memberitahu akan kembali memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini esok.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas selesai memberi keterangan, hari ini.

“Saya kena datang esok pukul 10 pagi seperti biasa. Kemungkinan juga akan dipanggil untuk beberapa hari lagi, tetapi itu bergantung kepada pihak SPRM,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kehadiran beliau hari ini, Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi berkata, proses soal siasat berjalan lancar dan memberi kerjasama penuh kepada pegawai penyiasat sepanjang tempoh berkenaan.

“Prosesnya berjalan dengan lancar, cuma mengambil masa yang panjang kerana banyak perkara yang perlu dijelaskan,” katanya.

Terdahulu, Rafizi dilihat meninggalkan bangunan tersebut kira-kira pukul 6.50 petang selepas lebih lapan jam memberikan keterangan bagi membantu siasatan kes dipercayai membabitkan firma semikonduktor terkemuka dunia dari United Kingdom, Arm Holdings Plc.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button