BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Bekas pegawai khas direman, disyaki terima rasuah RM500,000

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman dua individu, termasuk bekas pegawai khas seorang Ahli Parlimen, kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000 bagi meluluskan dana Projek Mesra Rakyat.

Perintah reman selama empat hari hingga 9 Mac dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, Khamis lalu.

Menurut sumber, kedua-dua suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan pada 5 Mac sekitar pukul 9.30 malam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

“Mereka dipercayai menerima wang sogokan bagi meluluskan permohonan dana Projek Mesra Rakyat bernilai RM1.5 juta untuk membekalkan Interactive Smart Board ke beberapa sekolah di Kuala Lumpur,” katanya.

Selain itu, siasatan turut meneliti aspek pembekalan bagi mengesahkan item diterima mengikut kuantiti dan spesifikasi sekolah terbabit.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus, mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button