JENAYAH & MAHKAMAH

Laporan RCI TH: Bekas menteri tiba di mahkamah bagi permohonan reman

PUTRAJAYA – Seorang bekas menteri tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Putrajaya bagi prosiding permohonan tahanan reman.

Suspek yang berusia lingkungan 60-an itu tiba pukul 10.26 pagi tadi dengan memakai pakaian lokap berwarna jingga dan diiringi pegawai SPRM.

Beliau dibawa ke mahkamah menggunakan van SPRM sebelum diiringi masuk ke dalam bangunan mahkamah.

Terdahulu, beliau ditahan pukul 4.30 petang semalam selepas memberikan keterangan di ibu pejabat SPRM berhubung isu penyewaan hotel di Arab Saudi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 kerana meminta atau menerima suapan sebagai dorongan atau ganjaran.

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 24 akta sama, pesalah boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Penahanan itu menyusul beberapa siri penahanan membabitkan bekas pegawai kanan TH dan tokoh korporat berhubung perkara yang dibangkitkan dalam laporan RCI tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button