Kerjasama, muafakat Jemaah Menteri masih di tahap terbaik – PM
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerjasama dan muafakat dalam kalangan anggota Jemaah Menteri secara keseluruhannya masih berada pada tahap baik, biarpun wujud pelbagai persepsi, terutama di media sosial.
Beliau berkata, selain kerja keras kumpulan pelaksana, kerjasama dalam kalangan anggota Kabinet menjadi antara faktor yang menyumbang kepada kestabilan politik dan membolehkan kerajaan merancang hala tuju negara.
“Betul, kita tidak menafikan prestasi kita membanggakan kerana dasar yang jelas, politik yang stabil, kerjasama yang ada dalam Jemaah Menteri walaupun kadang-kadang dalam media sosial itu lain sedikit.
“Tapi dari segi kerjasama, umumnya kita muafakat dengan baik dan ini memberikan gambaran kestabilan dan boleh kita merencanakan untuk negara,” katanya memetik Buletin TV3..
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga Kementerian Perladangan dan Komoditi, di sini, hari ini.
Media antarabangsa sebelum ini melaporkan hubungan antara Anwar dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kian tegang sehingga menyebabkan mesyuarat Kabinet kebelakangan ini berlangsung lebih singkat berbanding biasa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








