POLITIK

Anwar lancar jentera PKR Sabah, isyarat awal PRN

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah dengan melancarkan jentera pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu hari ini.

Beliau yang juga Presiden PKR hadir ke program pertama di Kampung Kobuni pada jam 3 petang sebelum berlepas ke Tawau untuk menghadiri Program Rapat Umum PKR di Dewan Terbuka Awam, Merotai Besar pada jam 6.30 petang.

Selepas itu, Anwar dijadual menghadiri program serupa di Sekolah Menengah Yu Yuan, Sandakan pada jam 9.30 malam.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Fuziah Salleh berkata, siri program berkenaan adalah sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-72 reformasi parti selain persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Sementara itu, pada esok hari, Anwar akan meneruskan agenda bersama pasukan keselamatan dengan menghadiri sesi sarapan pagi di Kompleks Kuarters Taman Samudera, Sandakan pada jam 8 pagi.

Beliau kemudian dijadual menyertai Majlis Jelajah Wira Madani dan sambutan ulang tahun ke-20 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di kompleks agensi itu pada jam 9.30 pagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button