BERITA SEMASA

Kereta terbabas ke bahu lebuh raya, kanak-kanak maut

IPOH – Seorang kanak-kanak terbunuh manakala dua dewasa  tercedera dalam satu kemalangan di KM 264.7 Lebuhraya PLUS hala selatan berhampiran Terowong Menora, semalam.

Menurut Emergency Response Team (ERT) Ops Selamat 24/2025 pihak Pos Kawalan Menora menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 6.45 petang.

“Pasukan penyelamat yang tiba di lokasi kejadian mendapati tiga orang mangsa terlibat dalam insiden tersebut.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang dipercayai terbabas ke bahu jalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dua mangsa dewasa, seorang lelaki dan seorang wanita,  mengalami kecederaan parah dan telah diberi rawatan awal oleh unit EMRS sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Malangnya, seorang kanak-kanak disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak KKM.

Punca kemalangan masih dalam siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button