Wanita, bayi 18 bulan maut dalam kemalangan
DUNGUN – Seorang wanita dan bayi perempuannya berusia 18 bulan maut dalam satu kemalangan di Jalan Kilang Kelapa Sawit dekat Gugusan Rasau Kerteh di sini kira-kira pukul 6 petang, semalam.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, Nur Suhailla Azman, 25, maut di tempat kejadian, manakala bayi perempuannya, Nur Aira Humaira Mohamad Sharool meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, di sini.
Tambahnya, empat lagi ahli keluarga mangsa cedera iaitu suami mangsa, Mohamad Sharool Nizam Hamzah, 32, dan anak sulung mereka, Nur Aisya Humaira berusia tiga tahun.
“Manakala dua lagi mangsa iaitu ibu kepada Mohamad Sharool, Timah Mohamad, 73, dan anaknya Ruzaimi Abd Rashid, 48, dilaporkan cedera parah, lapor BERNAMA.
Maizura berkata, ketika kejadian, kesemua mangsa difahamkan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Felda Kerteh 4 dari bandar Dungun.
Tambahnya, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Dungun untuk rawatan, manakala jasad dua beranak itu dibawa ke Unit Forensik hospital sama untuk tindakan lanjut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








