BERITA SEMASAPMX

Kerajaan umum tiga inisiatif utama perkasa rakyat Sabah

TAWAU – Kerajaan mengumumkan tiga inisiatif utama bagi memperkasa kesejahteraan rakyat di seluruh negara termasuk Sabah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiga inisiatif itu melibatkan penyerahan Projek Siap Tamu Desa Sabah, pelancaran Program Solar MADANI, serta penyampaian Anugerah Kecemerlangan Usahawan Sabah.

“Kesemua ini tidak boleh dicapai tanpa kesepakatan dan kebersamaan utuh antara Kerajaaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam terus menjulang agenda memperkasakan rakyat negara ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook semalam.

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menghadiri Majlis Penutup Program MADANI Rakyat 2025 di Dataran Majlis Perbandaran Tawau semalam.

Beliau turut menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Usahawan Sabah yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi memastikan naratif menoktahkan kemiskinan melalui keusahawanan dapat dijayakan.

Mengulas mengenai Projek Siap Tamu Desa Sabah, Anwar berkata, peruntukan tambahan sebanyak RM10juta telah diluluskan bagi menyelenggara kedai dan gerai kecil di seluruh Sabah lantas akan memberi keselesaan kepada peniaga serta pengunjung dalam menguruskan perjalanan perniagaan seharian.

Anwar menambah, berhubung Program Solar MADANI, belia berkata, kerajaan memperuntukkan lebih RM350 juta bagi pemasangan dan penyelenggaraan lampu jalan kampung demi keselamatan rakyat, terutama di kawasan pedalaman di seluruh negara.

“Program SOLAR MADANI dilancar dengan projek rintis di Tawau ini melibatkan 40 tiang lampu solar, hasil kerjasama dengan UniMAP dan penglibatan komuniti setempat, dan menariknya prakarsa ini akan menjimatkan kos kerana menggunakan tenaga boleh baharu dan menggalakkan komuniti menjaga kemudahan demi manfaat bersama,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button