BERITA SEMASA

[VIDEO] Kerajaan tegas larang syarikat perkapalan ZIM beroperasi di Malaysia

PUTRAJAYA – Kabinet tegas dengan pendirian melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada beroperasi di negara ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri hari ini telah menerima maklum balas daripada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

@malaysiatribune

Kabinet tegas dengan pendirian melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada beroperasi di negara ini. #malaysiatribune

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

“Dalam mesyuarat (Kabinet) hari ini, kita dapat maklum balas dan penegasan daripada Menteri Pengangkutan bahawa yang dikawal di pelabuhan, sebarang kapal dari syarikat ZIM tidak dibenarkan masuk ke pelabuhan di Malaysia.

“Sementara kontena, juga tidak dibenarkan. Bagaimanapun dalam beberapa keadaan, kadangkala bukan kapal ZIM yang bawa kontena ZIM, tapi kontena ini disewakan kepada syarikat lain untuk dibawa atas kapal mereka,” katanya, hari ini.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian sebuah lori membawa kontena dipercayai milik syarikat Israel itu diarah berpatah balik ketika melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Padang Besar, semalam.

“Pemantauan dibuat secara rapi dan sudah diputuskan (Kabinet) tidak membenarkan kontena ini dibawa masuk ke negara. Apa yang berlaku di sempadan Perlis itu adalah selaras dasar kerajaan,” katanya dalam satu sdang akhbar, di sini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button