Kerajaan setuju beri subsidi tambang penerbangan mahasiswa
PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju untuk memberi subsidi tambang penerbangan kepada golongan mahasiswa yang menuntut di Malaysia Timur dan Semenanjung.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pemberian subsidi itu meliputi tambang penerbangan bagi mahasiswa Sabah dan Sarawak yang menuntut di Semenanjung, dan juga mahasiswa Semenanjung yang menuntut di Sabah dan Sarawak.
Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 56,000 mahasiswa tempatan dan akan memakan kos sebanyak RM16.8 juta,” kata Anthony dalam satu sidang akhbar, hari ini.
Beliau menambah, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dan beberapa syarikat penerbangan untuk memperhalusi inisiatif berkenaan.
BERITA LANJUT MENYUSUL
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








