Kerajaan peruntuk RM2 juta bagi Pendekar MADANI
BUKIT MERTAJAM – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2 juta menggerakkan Pendekar MADANI bagi semua badan pertubuhan silat di negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seni mempertahankan diri dapat memupuk sifat disiplin, beradab, berakhlak dan rasa saling hormat sesama bangsa.
“(Pesilat), orang yang kental semangatnya, orang yang disiplin, orang yang berakhlak mulia, yang benci dengan kezaliman, benci dengan penindasan serta benci dengan buli di kalangan kita.
“Hebatnya orang Melayu kerana semangat dan disiplin, tahu adab, tahu akhlak, tahu hormat sama-sama Melayu serta hormat pada bukan Melayu serta tahu menjaga negara ini dengan aman, adil dan bahagia bagi semua yang bukan menanam semangat untuk benci pada orang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Pendekar MADANI yang dihadiri lebih 10,000 pesilat di Kampus Politeknik Seberang Perai (PSP), di sini siang tadi.
Dalam majlis sama, Anwar ditabalkan sebagai Imam Khalifah Agong ‘Sri Tri Buana Simanjakini Gangga Chula Sakti’ oleh Datuk Dr Raja Abdul Majid Raja Mat Isa mewakili Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








