BERITA SEMASA

Keputusan SVM semester 4 diumum esok

PUTRAJAYA – Keputusan peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 4 Sesi 2/2024 (Kohort 2023) akan diumumkan esok.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, seramai 15,897 calon telah mendaftar bagi menduduki peperiksaan berkenaan yang dilaksanakan di 86 buah kolej vokasional di seluruh negara.

Menurut kenyataan itu, calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing di kolej vokasional tempat mereka belajar mulai pukul 10 pagi pada tarikh tersebut.

Selain itu, keputusan juga boleh disemak secara dalam talian menerusi pautan myresultsvm.moe.gov.my mulai pukul 10 pagi esok sehingga pukul 6 petang 13 Julai.

KPM turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua calon SVM Semester 4 Sesi 2/2024 atas usaha dan pencapaian mereka.

“Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam bidang kemahiran serta menyumbang ke arah pembangunan negara menerusi laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang progresif serta berdaya saing,” kata kenyataan itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button