JENAYAH & MAHKAMAH

Keputusan pelaksanaan Titah Adendum terhadap Najib diawalkan ke 22 Dis

KUALA LUMPUR – Keputusan mengenai pelaksanaan Titah Adendum terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diawalkan kepada 22 Disember ini.

Perkara itu disahkan Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan yang memberitahu tarikh itu diawalkan kepada 22 Disember ini dan ditetapkan melalui prosiding pengurusan kes yang dijalankan secara atas talian, hari ini.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching menetapkan 5 Januari tahun depan bagi memberikan keputusan selepas selesai mendengar hujahan kedua-dua belah pihak.

Susulan itu, firma guaman Shafee & Co dalam sepucuk surat dialamatkan kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Syeela Marlina Uttaman menyatakan, pemohon (Najib) meminta pertimbangan semula tarikh keputusan yang ditetapkan semalam.

Ia menyatakan pemohon dengan memohon tarikh keputusan dibawa lebih awal, tertakluk kepada ketersediaan dan budi bicara hakim.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button