LUAR NEGARA

Kepulangan calon PM Bangladesh disambut meriah selepas 17 tahun hidup dalam buangan

DHAKA – Selepas hampir dua dekad hidup dalam buangan politik, tokoh utama Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) dan calon perdana menteri, Tarique Rahman kembali menjejakkan kaki ke tanah air dengan disambut meriah oleh ribuan penyokongnya di ibu kota, semalam.

Tarique, yang tiba bersama isteri dan anaknya, kelihatan melambai ke arah penyokong sebelum menaiki konvoi kenderaan di bawah kawalan keselamatan ketat, menurut laporan Al Jazeera.

Tarique Rahman
Tarique merupakan anak bekas PM Bangladesh, Khaleda Zia.

Beliau meninggalkan Bangladesh ke London pada 2008 selepas mendakwa menjadi mangsa penganiayaan politik susulan ketegangan politik yang memuncak ketika itu.

Sebagai pemangku pengerusi BNP, Tarique dijangka memainkan peranan penting dalam memimpin parti pembangkang utama itu menghadapi pilihan raya umum pada 12 Februari depan.

Pilihan raya tersebut merupakan yang pertama sejak kejatuhan bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina susulan gelombang kebangkitan pelajar yang menggoncang landskap politik negara itu tahun lalu.

Untuk rekod, BNP kini dilihat sebagai pendahulu utama dalam persaingan pilihan raya dengan Tarique dijangka dicalonkan sebagai perdana menteri sekiranya parti berkenaan memperoleh majoriti.

Tarique merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri Khaleda Zia, selain dikenali sebagai pewaris utama kepimpinan BNP dan antara figura paling berpengaruh dalam politik Bangladesh.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button