
KenDurian Bukit Bendera meriah, erat hubungan komuniti setempat
GEORGE TOWN – Program KenDurian anjuran Parlimen Bukit Bendera dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jalan Batu Gantong berlangsung meriah apabila mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat.
Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid berkata, program berkenaan bukan sahaja memberi peluang kepada masyarakat menikmati raja buah, malah mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan rakyat.
“Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan program ini, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kebun Bunga, Lee Boon Heng.
“Kehadiran dan sokongan yang diberikan mencerminkan semangat perpaduan serta kebersamaan yang cukup membanggakan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Menurutnya, penganjuran program santai seperti itu mampu memupuk semangat kekitaan dan kebersamaan dalam kalangan penduduk berbilang kaum.
“Seronok dapat berkumpul dan menikmati keenakan durian bersama komuniti setempat. Inilah semangat kita bangsa Malaysia,” katanya lagi.
Program yang berlangsung di Jalan Batu Gantong itu turut dihadiri pemimpin tempatan, sukarelawan dan komuniti setempat, sekali gus menyerlahkan komitmen Parlimen Bukit Bendera dalam mendekati rakyat melalui pendekatan mesra rakyat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








