Kementerian Perpaduan fokus lima kluster utama tahun ini
PUTRAJAYA – Tumpuan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) pada tahun ini adalah kepada lima kluster utama dalam menuju kepada Pembinaan Negara Bangsa.
Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, kesemua teras itu dirangka bagi memperkukuh perpaduan, kestabilan serta keharmonian masyarakat majmuk negara ini.
Jelas beliau, kluster tersebut merangkumi Tunas MADANI, Komuniti MADANI, Harmoni MADANI, Rakyat MADANI dan Warisan MADANI.
“Pelaksanaan ini selari dengan tema Bersama Membina Negara Bangsa dan aspirasi Kerajaan MADANI di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
“Pelbagai sesi libat urus telah dan sedang dilaksanakan, selaras dengan aktiviti serta program yang menjurus kepada usaha pembinaan negara bangsa,” katanya, hari ini.
Aaron berkata demikian ketika menyampaikan ucapan amanat tahun baharu 2026, di sini hari ini.
Dalam ucapannya, beliau turut mengiktiraf peranan semua pegawai perpaduan, kurator muzium, pegawai arkib serta pustakawan sebagai Jurutera Sosial Negara (Social Architects) yang memainkan peranan penting dalam menyemarak semangat perpaduan, memelihara warisan dan memperkukuh usaha pembinaan negara bangsa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








