BERITA SEMASA

Aaron Ago Dagang seru perpaduan, hormati kepelbagaian sempena Easter

KUALA LUMPUR – Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang menyeru rakyat Malaysia agar terus memelihara keharmonian dan perpaduan antara agama sempena sambutan Hari Easter.

Beliau menyampaikan ucapan “Happy Easter” kepada penganut Kristian serta berharap perayaan tersebut membawa harapan baharu dan kebahagiaan kepada semua.

Menurutnya, Malaysia dibina atas asas kepelbagaian yang menjadi kekuatan utama negara, justeru hubungan antara agama perlu sentiasa dipelihara dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang.

“Demi Malaysia yang harmoni dan sejahtera, kita perlu memastikan keamanan dan perpaduan kekal menjadi teras kehidupan bermasyarakat,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Beliau turut berkata, negara yang aman dan stabil mempunyai keupayaan untuk bersaing di peringkat global serta menyumbang kepada pembangunan dunia.

“Keutuhan negara lahir daripada rakyatnya yang bersatu padu, saling menghormati dan bekerjasama demi masa depan yang lebih gemilang,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh rakyat untuk terus menzahirkan semangat muhibah dan perpaduan dalam setiap aspek kehidupan demi memastikan Malaysia kekal aman dan sejahtera.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button