BERITA SEMASAKERAJAAN PERPADUAN

Kalendar Perayaan Etnik Minoriti dilancar Januari 2026 – Aaron Ago

SIBU – Kementerian Perpaduan Negara akan menerbitkan Kalendar Perayaan Etnik Minoriti menjelang Januari 2026 sebagai dokumen rujukan rasmi bagi menghimpunkan maklumat pelbagai perayaan etnik di seluruh negara.

Perkara itu diumumkan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang ketika merasmikan Borneo Dayak Cultural Festival (BDCF) 2025 bertemakan Rhythm of Borneo di Dataran Tun Tuanku Bujang, di sini, hari ini.Kalendar Perayaan Etnik Minoriti dilancar Januari 2026 – Aaron Ago

Menurut beliau, kalendar tersebut bakal memuatkan tarikh penting perayaan serta upacara tradisional pelbagai komuniti minoriti, termasuk penerangan mengenai maksud, asal-usul dan amalan kebudayaan yang berkaitan.

“Kalendar ini bukan sekadar senarai tarikh, tetapi satu bentuk pengiktirafan terhadap kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan negara kita,” katanya lagi.

Kalendar Perayaan Etnik Minoriti dilancar Januari 2026 – Aaron Ago
Datuk Aaron Ago Dagang

Aaron berkata, kalendar itu akan diedarkan secara fizikal dan digital kepada semua kementerian, agensi kerajaan, sekolah, universiti dan pihak berkepentingan bagi meningkatkan pemahaman serta penghormatan terhadap warisan pelbagai etnik.

Inisiatif tersebut turut disifatkan sebagai sebahagian usaha kerajaan memperkukuh semangat perpaduan nasional melalui penghargaan terhadap budaya pelbagai kaum.

Dalam majlis sama, Aaron turut menzahirkan penghargaan kepada rakyat Sarawak yang terus mengekalkan keharmonian masyarakat meskipun berlatarbelakangkan pelbagai bahasa, adat dan tradisi.

Festival yang memasuki edisi ke-21 itu menampilkan maskot istimewa iaitu “Engkuli” atau harimau dahan (Neofelis diardi), sebagai simbol pemuliharaan biodiversiti Borneo yang semakin terancam.

Acara turut diserikan dengan pameran kebudayaan, persembahan nyanyian dan tarian etnik, pertandingan Miss Borneo 2025 serta jualan produk usahawan tempatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button