BERITA SEMASA

Keluarga Zara Qairina nafi kutip derma untuk yuran guaman

KUALA LUMPUR – Keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir menafikan dakwaan mereka mengutip derma untuk tujuan peribadi atau bagi membayar yuran guaman, susulan penularan beberapa nombor akaun bank di media sosial sejak kebelakangan ini.

Dalam kenyataan bersama pasukan peguam yang mewakili mereka, dijelaskan bahawa nombor akaun yang tersebar itu memang pernah digunakan selepas pemergian Allahyarhamah bagi menerima sumbangan orang ramai. Bagaimanapun, kutipan melalui akaun berkenaan telah lama dihentikan.

“Anak guam kami tidak ada membuat sebarang kutipan derma ketika ini, sama ada untuk dirinya sendiri mahupun bagi tujuan pembayaran yuran guaman,” tegas kenyataan itu.

Menurut peguam lagi, sekiranya ada pihak yang ingin menghulurkan sumbangan, ia hanya boleh dilakukan secara fizikal kepada keluarga sendiri atau melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diberikan kuasa rasmi oleh keluarga.

Mereka turut menegaskan semua khidmat guaman kepada keluarga Zara Qairina diberikan secara pro bono atau percuma.

Kenyataan tersebut ditandatangani enam peguam yang mewakili keluarga Allahyarhamah iaitu Hamid Ismail, Shahlan Jufri, Rizwandean M. Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button